Wednesday, July 11, 2007

Andai Aku...

Bismillahirrahmanirrahim

Andai ku tahu….
Kegagalanku disebabkan ketidakmampuanku...
Kan ku lakukan hanya yang ku mampu...
Namun ku tahu segera ia berupa ujian hebat KAU beri padaku.

Aku tak gentar...
Tapi hiba hatiku...
Banyak peluang telah terlepas...
Banyak juga harapan terabai...

Salah satu fasa kehidupan terindah, gelita sebentar...
Hanya Allah ku sebut...
Melawan hati yang luluh...
Bagaimana dengan orang tua ku pula...

Apa langkah ku seterusnya?
Aku mesti melangkah maju...
Biar tertinggal beberapa langkah...
Semangat ku bukan kecil
Impian ku bukan rendah

Namun kemampuanku terbatas di tahap tertentu,
Adakah aku perlu menyambung semula,
atau
Memilih jalan yang lain?

Ya Allah,
Aku mohon padaMu
Tunjukkan aku jalan yang 'lurus',

Pandanganku kabur tanpa bimbinganMu,
Gagalku kerana lemahku,
Maafkan aku Ya Allah,
Aku buat salah pada diriku sendiri.

Tidak mahu ku futur di sini...

Ameen

1 comment:

adibah zainal said...

salam..puisi ni betol2 best..betol2 meruntun hati..adakah anda cipta sendiri?jika anda yg buat sendiri adakah ini lahir tulus dr hati anda,,maaf jika ayat atak berape nak betol,tapi ketika bace puisi ni..saya betol2 terharu.kerana ketika ni juga saya berada dlm keadaan yg same mcm ape yg d gambar kan di dlm puisi ini..